Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter29 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
15.3 x 20.4 cm
Title:
Gangguan perahu yang berlayar ke Pulau Pinang
Keywords: Binasa, cahari makan, jahat, 11 Syaaban,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.39,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah termasyhur sampai ke mana2 baik budi belas pada perintah sahabat bersahabat kemudian dari itu ahwal adalah perintah di laut ini banyak orang jahat2 tiada boleh segala rakyat hendak pergi mari cahari makan ke Pulau Pinang pada sahabat beta dan hendak mari pada beta dirampasnya ambil pada segenap Pulau Bintang habis binasa rakyat maka beta suruh perahu2 keluar maka berjumpa di Pulau Bintang orang jahat itu lari ke tengah tiadalah terikut oleh perahu kecik2 ini inilah beta nyatakan pada sahabat beta apa rupa bicara sahabat beta pada perintah itu jangan kesakitan isi negeri hendak pergi mari itulah Temenggung Makota Maharaja beta suruh pergi pada sahabat beta apakala sudah tentu bicara boleh sahabat beta nyatakan mari boleh beta ketahui perintah itu barang yang patut boleh dikerjakan dengan segeranya ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat hari Ahad pada sebelas haribulan Syaaban tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan berkenaan masalah rampasan harta yang berlaku di perairan Kedah sehingga menyukarkan rakyat untuk pergi ke Pulau Pinang. Sultan Abdullah telah menghantar perahu pergi ke Pulau Bintang mencari orang jahat tersebut, tetapi mereka telah melarikan diri dan tidak dapat dikejar oleh perahu kecil. Justeru, Sultan Abdullah menghantar Temenggung Mahkota Maharaja pergi bertemu Light untuk berbincang cara menangani masalah ini. Hasil perbincangan itu hendaklah dimaklumkan kepada baginda. Surat ini telah siap ditulis pada 11 Syaaban, hari Ahad.


Summary:

Letter from Sultan Abdullah to Francis Light informed about the problem of looting that happened in Kedah waters that made it difficult for people to go to Pulau Pinang. Sultan Abdullah sent a boat to Pulau Bintang to find the villains, but they fled away as they couldn`t be chased by small boats. Thus, Sultan Abdullah sent the Temenggung Mahkota Maharaja to meet Light to discuss on how to deal with this problem. The results of the discussions should be informed to him. This letter was written on 11th Syaaban, Sunday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services