Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter28 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.9 x 20.9 cm
Title:
Bayaran harga 10 peti opium
Keywords: Harga, Terengganu, peti, 29 Rabiul Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.38,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu ahwal akan surat sahabat beta beri mari pada Saudagar Parya Tambi Terengganu itu telah sampailah pada beta maka tersebut di dalamnya sahabat beta pinta beta serahkan harga opiun sepuluh peti itu tiga ribu enam ratus rial pada Saudagar Terengganu itu beri pergi pada sahabat beta maka sudahlah beta serahkan tiga ribu enam ratus rial diterima Saudagar Terengganu bawa pergi minta sahabat beta terima ambil rial itu sudahlah selesai harga opiun sepuluh peti itu maka akan surat beta beri pergi dahulu pada Syahbandar Seri Maharaja Paduka minta opiun itulah sahabat beta serah beri mari pada saudagar ini boleh dibawa sampaikan pada beta buat surat hari Arba? pada sembilan likur haribulan Rabiul Akhir tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan penerimaan surat yang dikirim oleh Light melalui Saudagar Parya Tambi Terengganu. Surat itu mengandungi permintaan agar Sultan Abdullah menyerahkan wang harga opium 10 peti iaitu 3,600 rial kepada Saudagar Terengganu untuk diberi kepada Light. Sultan Abdullah telah pun menyerahkan duit itu kepada Saudagar Terengganu sebagai bayaran harga 10 peti opium. Surat ini telah ditulis pada hari Rabu, 29 Rabiul Akhir.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light constitutes the acceptance of letter sent by Light through Saudagar Terengganu. The letter contains a request for Sultan Abdullah to hand over the money for the price of 10 crates of opium which was 3,600 reales to the Saudagar Terengganu to be given to Light. Sultan Abdullah had handed over the money to the Saudagar Terengganu as payment for the price of 10 crates of opium. This letter was written on Wednesday, 29th Rabiul Akhir.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services