Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter27 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
17.1 x 21 cm
Title:
Memantau perahu orang jahat di Pulau Payar
Keywords: Berlayar, jahat, perahu, 18 Zulkaedah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.37,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana kepada pihak bersahabat sangat sempurna sampai ke timur dan barat kedengaran bahana kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah beta beroleh khabar perahu orang berlayar lalu sebelah laut Pulau Payar lalu ke barat tiga puluh haluan maka pada kira beta jika orang baik hendak berniaga maulah singgah di Pulau Pinang itu atau di Kuala Kedah ini tiada singgah kedua tempat ini orang jahatlah yang demikian itu maka inilah beta nyatakan pada sahabat beta sebaiknya sahabat beta suruh perahu Jaga2 ikut perahu itu beri tentu perbuat surat hari Khamis pada dulapan belas haribulan Zulkaedah tamat al-kalam tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memohon Light menghantar perahu ?Jaga-jaga? untuk memantau sebuah perahu orang jahat yang berlayar di sebelah laut Pulau Payar. Kebiasaannya, mana-mana perahu yang datang berdagang akan singgah di Pulau Pinang atau Kuala Kedah, namun ternyata perahu ini tidak singgah di kedua-dua tempat tersebut. Surat ini telah ditulis pada 18 Zulkaedah, hari Khamis.


Summary:

Letter from Sultan Abdullah to Francis Light begged Light to send `Jaga-jaga` to monitor a boat believed to be villain`s which was sailing on the sea side of Pulau Payar. Normally, trading boats would have a pit stop in Pulau Pinang or Kuala Kedah; however, that particular boat did not stop in either of the places. This letter was written on 18th Zulkaedah, Thursday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services