Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter25 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
23.7 x 20.4 cm
Title:
Bantuan wang Light kepada Sultan Abdullah dan permintaan untuk Scott mengadap
Keywords: Beri rial, emas, kelaparan, 15 Safar,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.34,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat kasih sayang daripada beta sampai pada sahabat Gurnador Pulau Pinang ahwal akan surat sahabat beta dibawa teman Saudagar Raja ini sudahlah dimaklumkannya pada hamba pada lima belas haribulan Safar maka tersebut dalamnya lama sudah maka sekarang ini akan rial itu sudah sahabat beta siapkan taruh maka besar sangatlah penolong sahabat beta pada genap perkaranya maka tiadalah siap beta hendak beri pergi terima rial itu maka beta pinta sahabat beta beri mari Kapitan Uskut hendak berbicara itu sahabat beta serah beri rial itu padanya boleh dibawanya atau sahabat beta muat pada jaga-jaga bawa mari sebermula sudah dahulu beta adukan pada sahabat beta hal kesakitan rakyat isi negeri ini dengan kelaparan ini beta pinta tolong rial selaksa rial boleh tolong rakyat ini maka sahabat beta balas surat mari tanyakan pada ketika itu sahabat beta pun tengah tiada hadir rial sekarang ini juga ada kasih serta hendak tolong pelihara isi negeri ini rial itu pun beta pinta sahabat beta beri mari sama rial itulah dalam itu sampai sampai musim kapal ini barang yang ada timah dan emas beta wasalkan atau sahabat beta pegang ambil dalam rial petolong sahabat beta itu pun baik maka sangatlah harap beta akan penolong sahabat beta apabila sampai rial itu boleh beta beri meteri tanda terima rial itu akan Kapitan Uskut itulah beta pinta sahabat beta beri mari banyak sangat kerja beta hendak nyatakan kerja orang jahat laut dan darat ini ahwal itulah beta beta nyatakan buat surat lima belas haribulan Safar hari Arba? tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa surat Light yang dibawa oleh Saudagar Raja sudah diterima pada 15 Safar, iaitu berkenaan duit yang sudah disediakan oleh Light untuk dihantar kepada Sultan Abdullah. Sultan Abdullah meminta agar Light menghantar wang itu melalui Kapten Scott atau pun dihantar melalui ?Jaga-jaga?. Berkaitan aduan Sultan Abdullah kepada Light berkenaan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Kedah, baginda meminta agar diberikan 10,000 rial untuk membantu rakyat Kedah. Namun, pada masa itu Light tidak memiliki wang sebanyak itu. Sultan Abdullah amat mengharapkan agar Kapten Scott boleh mengadap baginda untuk berbincang tentang perkara berkaitan masalah jenayah di lautan dan daratan. Surat ini telah siap ditulis pada 15 Safar, hari Rabu.


Summary:

Letter to Francis Light from Sultan Abdullah informed that Light`s letter brought by the Saudagar Raja was received on 15 Safar. The letter was regarding the money prepared by Light to be sent to Sultan Abdullah. Sultan Abdullah urged Light to send the money through Captain Scott or through "Jaga-jaga". Related to Sultan Abdullah`s complaints to Light in respect of the hardship suffered by the people of Kedah, he asked to be given 10,000 reales to help the people of Kedah. However, at that moment Francis Light did not have such amount of money. Sultan Abdullah really hoped that Captain Scott could meet him to discuss the matters related to crime problems at sea and on land. This letter was written on 15th Safar, Wednesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services