Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter24 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
22.4 x 21 cm
Title:
Masalah hutang Muhamad Mia dan Syeikh Mia kepada Sultan Abdullah
Keywords: Dibayar, lari, tipu, 11 Rabiul Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.32,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu adalah Muhamad Mia dan Syeikh Mia berhutang pada beta seperti tapak tangannya dulapan ribu dulapan ratus rial perjanjian balik dari negeri Keling hendak dibayar maka pada tahun itu tiada ia mari pada beta kemudian pada tahun dahulu Syeikh Mia sampai mari ke Pulau Pinang buat tipu akan beta kata ia hendak mari pada beta maka tiba2 sudah ia lari pergi ke Perak sampai khabar itu pada beta maka beta beri pergi surat akan sahabat beta minta dengan penolong sahabat beta keluarkan modal serta labanya pada tahun itu jadi sembilan ribu enam ratus rial di atas harta Syeikh Mia maka sudahlah sahabat beta keluarkan pada Mia Hafis wakil Syeikh Mia itu empat ribu lima ratus rial serah beri mari pada Setia Raja bersama dengan surat sahabat beta maka tersebut di dalam surat sahabat beta yang baki lagi itu ia berjanji hendak dibayar di negeri Keling pada wakil beta itu sebahagi dan sebahagi itu ia sampai ke Pulau Pinang hendak dibayar selesaikan maka sudahlah beta suruh orang pergi ke negeri Keling terima harta itu boleh atau tiada boleh pun tiada sampai khabar lagi apabila sampai Syeikh Mia ke Pulau Pinang beta minta dengan penolong sahabat beta keluarkan harta beta baki lagi pada Syeikh Mia lima ribu seratus rial serta dengan laba pada tahun ini beri mari pada beta boleh beta beri pergi surat tapak tangannya itu telah haraplah beta akan penolong sahabat beta keluarkan beri mari rial itu ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat hari Khamis sebelas haribulan Rabiul Awal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan masalah hutang Muhamad Mia dan Syeikh Mia kepada baginda sebanyak 8,800 rial. Mereka berjanji akan membayar semula sebaik pulang dari India. Malangnya, pada tahun itu mereka tidak datang mengadap untuk membayar hutang. Syeikh Mia pernah tiba di Pulau Pinang dan berjanji hendak mengadap baginda, namun secara tiba-tiba dia sudah melarikan diri ke Perak berdasarkan maklumat yang diterima oleh baginda. Justeru, Sultan Abdullah menghantar surat kepada Light memohon agar dikeluarkan modal dan keuntungannya berjumlah 9,600 rial daripada harta Syeikh Mia. Maka Light telah pun keluarkan harta itu daripada Mia Hafis sebagai wakil Syeikh Mia sebanyak 4,500 rial dan diserahkan kepada Setia Raja bersama-sama dengan surat yang menyatakan bahawa baki wang itu akan dibayar di India iaitu kepada wakil Sultan Abdullah dan sebahagiannya dibayar selepas tiba di Pulau Pinang. Oleh itu, Sultan Abdullah telah menghantar orangnya pergi ke India untuk menerima wang itu, namun tiada maklumat yang sampai tentang penerimaan wang itu. Justeru, Sultan Abdullah memohon agar apabila Syeikh Mia tiba di Pulau Pinang, Light hendaklah mengeluarkan baki hutangnya daripada harta Syeikh Mia sebanyak 5,100 rial dan diberikan wangnya kepada baginda. Surat ini ditulis pada hari Khamis, 11 Rabiul Awal.


Summary:

A letter from Sultan Abdullah to Francis Light, alerting him about the debt of Muhammad Mia and Syeikh Mia, amounting 8,800 reales. They had promised to settle their debts upon coming back from India. Unfortunately, they had failed to pay the Sultan a visit to settle the debt that year. Once, Sheikh Mia had arrived in Pulau Pinang and had promised to visit the Sultan. According to information received by the Sultan, he had fled to Perak, instead. Thus, the Sultan had sent a letter to Light, requesting him to allot 9,600 reales from his wealth. Light had indeed allotted 4,500 reales from the wealth of Mia Hafis who had been Sheikh Mia`s proxy. The amount had been passed to Setia Raja, along with a letter stating that a portion of the balance of the debt will be paid to the Sultan`s proxy in India while the rest of the portion will be paid upon his arrival in Pulau Pinang. Consequently, Sultan Abdullah had sent his proxy to India to receive the money. Unfortunately however, there had been no news in relation to the receipt of the money. Therefore, Sultan Abdullah had requested that Light scure 5,100 reales from Sheikh Mia`s wealth when he would arrived in Pulau Pinang and delivered it to him. This letter was written on Thursday, 11th of Rabiul Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services