Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter23 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
15 x 26.9 cm
Title:
Serangan oleh orang Patani ke atas Cenak dan Senggora
Keywords: Patani, senjata, Siam, 23 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.31 (Image: RECTO_07_032),
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas kasih sayang muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal maka adalah khabar mari dari sebelah Siam kata segala orang Patani2 muafakat dengan Tuan Syeikh Abdul Samad binasakan jajahan negeri benua Siam maka tempat nama Cenak itu sudahlah dibinasakannya maka sekarang ini negeri Senggora itulah khabarnya hendak dilanggarnya pula maka beta ini sahaja takluk kepada Raja benua Siam kalau2 jadi kerja besar dikehendaki Tuhan yang menjadikan segala alam ini barang yang kekurangan pada beta daripada ubat peluru senjata dan supaya beta hendak pinta tolong pada sahabat betalah bicarakan jangan boleh (jim-dal-ra) nama beta jika (jim-dal-ra) nama beta maka sahabat beta pun samalah tumpang malu kerana sudah masyhur nama sahabat beta itu diberi Jenderal Benggala mari duduk di Pulau Pinang itu menolongi barang hal kesakitan dan kekurangan beta pada segenap perkaranya inilah beta nyatakan kepada sahabat beta pergi surat tiga likur haribulan Syawal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan tentang orang Patani yang berpakat dengan Syeikh Abdul Samad menyerang Cenak dan sedang mara ke Senggora. Sultan Abdullah meminta bantuan Light untuk menyediakan peluru dan senjata sebagai persediaan menghadapi serangan tersebut. Tambahan pula, kedudukan Light di Pulau Pinang itu adalah pemberian Gabenor Jeneral di Benggala yang bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Sultan Abdullah. Surat ini telah ditulis pada 23 Syawal.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light to notify Light about the news on the attack by the people of Patani and Syeikh Abdul Samad on Cenak and it is heading towards Senggora. The Sultan is requesting ammunitions and weapons aid as to prepare for the impending attack. The letter was written on 23rd Syawal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services