Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter20 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
26.1 x 20.7 cm
Title:
Menyalin surat Sultan Abdullah kepada Gabenor Jeneral
Keywords: Balas surat, salin, 16 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.72,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Ya Ghafur Rahim Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku patik maklumkan ahwal surat titah Duli Yang Maha Mulia dibawa Dato? Laksamana itu terjunjunglah di jemala maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka surat Yang Maha Mulia itu patik hendak salin maklumkan kepada Jenderal Benggala apabila datang balas surat daripada Jenderal boleh patik maklumkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia ampun tuanku ahwal inilah patik maklumkan daulat saadat sihat istirahat bertambah2 ?ala al-dawam buat surat pada enam belas haribulan Jamadil Awal tamat serta dengan surat patik sepucuk boleh khususkan sekali pada Jenderal suka atau tiada suka seperti kehendak Yang Maha Mulia itu


Malay Description:

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Abdullah memaklumkan bahawa surat yang dihantar melalui Laksamana telah diterima. Surat itu akan dibuat salinan oleh Light dan dimaklumkan kepada Gabenor Jeneral di Benggala. Kemudian, apabila Gabenor Jeneral membalas semula surat itu, ia akan dimaklumkan kepada Sultan Abdullah. Surat ini telah ditulis pada 16 Jamadil Awal.


Summary:

The copy of a letter from Francis Light to Sultan Abdullah to inform Sultan Abdullah that a letter which was send through the Laksamana has been received. The letter will be duplicated and the Govenor-General of Bengal will be notified. This letter was written on 16th Jamadil Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services