Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter19 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
30.2 x 20.3 cm
Title:
Tawaran kelebihan kepada Sultan Abdullah jika Pulau Pinang diserahkan
Keywords: berniaga, laba, sebelah laut, Jamadil Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.50,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Patik maklumkan ahwal patik ini (sin-dal-ya) hamba tuha pada paduka marhum sampai pada Yang Maha Mulia maka tit cita dalam hati patik malam dan siang jika boleh hendak beri jadi suatu antara Yang Maha Mulia dengan Jenderal supaya timbullah keyakinan patik akan seperti titah Yang Maha Mulia suruh patik pakat dengan segala kepercayaan Jenderal di Pulau Pinang pakat bicara pada jalan memberi kebajikan antara Yang Maha Mulia dengan Jenderal itu pada fikir patik2 jika Yang Maha Mulia berkasih kasihan dengan Jenderal banyak jalan jadi kebajikan pada Yang Maha Mulia dan segala rakyat Yang Maha Mulia yang miskin2 jadi kemudahan mencahari ayapan itu pun jadi kebajikan pada Yang Maha Mulia juga dan perniagaan Yang Maha Mulia pun tiada kurang makin lama bertambah2 dan segala larangan Yang Maha Mulia di dalam bandar Kedah itu pun tiada hilang dan lagi Yang Maha Mulia beri seorang harapan duduk berniaga dalam Pulau Pinang di dalam itu pun banyak boleh kelabaan Yang Maha Mulia tiap2 tahun dan lagi segala beras Yang Maha Mulia ditaruh di Pulau Pinang dijual pada segala kapal dagang harganya ikut kesukaan Yang Maha Mulia di dalam itu pun banyak kelabaan pada Yang Maha Mulia dan segala dagangan yang keluar di dalam jajahan Yang Maha Mulia dihimpun taruh di Pulau Pinang dijual pada segala kapal2 dagang atau pada kompeni harganya ikut kesukaan Yang Maha Mulia dan barang yang kekurangan boleh Yang Maha Mulia pinta pada Kompeni dan hasil Pulau Pinang pun boleh Yang Maha Mulia terima tiap2 tahun jadi banyak jalan kelabaan Yang Maha Mulia tambahan hati Yang Maha Mulia pun senang tiada menaruh bimbang pada sebelah laut sudah dengan perintah kompeni demikianlah ada kebajikan di dalam itu lebih maklum Yang Maha Mulia kerana Yang Maha Mulia menanggung martabat wali akan hal kelabaan kompeni di dalam Pulau Pinang ini (sin-dal-wau-dad) pun belum lagi timbul laba pada kompeni sekadar belanja beberapa banyak sudah habis jika sudah tentu keluar kelabaan kompeni di dalam Pulau Pinang ini masa itu boleh Yang Maha Mulia pinta pada Jenderal akan belanja pada fikir patik Jenderal pun sukalah beri mana patut patik pun boleh nyatakan pada Jenderal tiada cukup pemberian Jenderal akan belanja negeri Yang Maha Mulia sekalian patik maklum ini dengan ikhlas putih hati patik tanda hamba jika ada tempoh ampun jadi benar patik pohonkan Yang Maha Mulia khususkan barang yang patut jangan jadi berat sangat sampai pada Jenderal supaya boleh patik pergi sendiri khususkan patik ambil surat ikrar janji Jenderal sembahkan Yang Maha Mulia patik pun balik dari Benggala itu patik singgah mengadap Yang Maha Mulia patik pohonkan balas dengan segera boleh patik bersiap hendak pergi ke Benggala dibuat surat ini pada bulan Jamadil Akhir tamat daulat Pemberian Jenderal pada fasal Pulau Pinang ini


Malay Description:

Salinan atau deraf surat Francis Light kepada Sultan Abdullah memaklumkan tentang kelebihan bekerjasama dengan Gabenor Jeneral di Benggala. Menurut Light, sekiranya Sultan Abdullah boleh bekerjasama dan mempunyai hubungan dengan Gabenor Jeneral di Benggala melalui Pulau Pinang, ia akan memudahkan rakyat mencari pendapatan, perniagaan Sultan Abdullah di Kedah akan semakin berkembang, mendapat keuntungan hasil perniagaan oleh wakil sultan di Pulau Pinang dan boleh menjual beras kepada kapal dagang di Pulau Pinang dengan ketetapan harga oleh Sultan Abdullah sendiri. Di samping itu, sekiranya terdapat kekurangan hasil oleh Kedah, Sultan Abdullah boleh meminta bantuan kompeni Inggeris dan boleh mendapat cukai hasil dari Pulau Pinang pada tiap-tiap tahun. Tambahan pula, Sultan Abdullah tidak perlu bimbang dengan serangan dari laut kerana sudah dilindungi oleh kompeni. Light turut memaklumkan bahawa selepas kompeni Inggeris mendapat keuntungan di Pulau Pinang, Sultan Abdullah boleh memohon kepada Gabenor Jeneral supaya memberikan pembayaran kepada baginda sebagai perbelanjaan negeri Kedah. Justeru, Light memohon agar Sultan Abdullah tidak meletakkan syarat yang sukar untuk dipenuhi oleh Gabenor Jeneral supaya mudah Gabenor Jeneral memberikan surat ikrar perjanjian untuk mengambil Pulau Pinang dan ia akan dihantar terus oleh Light kepada Sultan Abdullah sebaik tiba dari Benggala. Light meminta agar surat ini dapat dibalas segera untuk memudahkan dia bersiap pergi ke Benggala. Surat ini siap ditulis pada bulan Jamadil Akhir.


Summary:

The copy of a letter from Francis Light to Sultan Abdullah to inform Sultan Abdullah about the advantages if Pulau Pinang set a relationship with the Governor-General of Bengal. Among others, it would ease the citizens to earn income, expand the Sultan`s businesses, rice can be sold in Pulau Pinang with self-determined price, able to market the state`s yields of Pulau Pinang without the price supervision of the East India Company, able to receive tax from the Company`s profit in Pulau Pinang and not to fear from any sea attacks since they are protected by the Company. This letter was written on Jamadil Akhir.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services