Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter18 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
28.2 x 20.1 cm
Title:
Memohon bantuan wang dan senjata untuk Raja Siam
Keywords: Beras, hulubalang, senapang, 12 Ramadhan,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.47,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang daripada beta datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian sangat dermawan dan setiawan dan lagi sangat mengasihi segala sahabat handai dan taulan maka adalah pada tahun ini mari surat Kelahum menjunjung titah Raja Maha Besar di benua Siam mari menghendaki beras lima ratus koyan dan rakyat lima ribu dengan segala sentri hulubalang dan perahu tengah dua ratus dengan alat senjata dan ubat peluru dikehendak kepada beta maka berat sangatlah kehendak Raja benua Siam itu atas beta maka inilah beta nyatakan kepada sahabat beta kehalan beta ini hendak dipinta tolong rial barang selaksa dan bedil senapang barang seribu dan opiun barang sepuluh peti kerana besar sangatlah belanja beta di dalam kerja itu maka sahabat beta pun lebih faham atas kerja yang besar2 dan segala yang kekurangan kepada beta itu daripada belanja itu telah haraplah beta akan penolong sahabat beta mengikut seperti janji sahabat beta yang sudah dahulu itu segala kesakitan suruh nyatakan sahabat beta tolong daripada perintah perang dan belanja yang kekurangan maka inilah beta suruh Laksamana pergi bawa surat beta pinta tolong rial dan senapang itu kerana sudah putus janji sahabat beta dengan beta segala hal ehwal beta hendak ditolongi dari awal sampai sehari2 ini pun janji itulah beta tetapkan tiada berubah2 lagi dengan tolong Tuhan yang menjadikan sekalian alam ini barang tetap apalah kiranya antara sahabat beta dengan beta yang demikian itu perbuat surat dua belas bulan Ramadhan hari Jumaat tamat


Malay Description:

Surat Sultan Kedah kepada Francis Light memaklumkan permintaan Raja Siam yang meminta 500 koyan beras, 5,000 orang rakyat dan hulubalang, 150 buah perahu bersama senjata dan peluru. Sultan Abdullah berasa amat sukar untuk memenuhi permintaan Raja Siam. Baginda meminta bantuan dari Light untuk menghantar duit 10,000 rial, 1,000 peluru senapang dan 10 peti opium. Sultan Abdullah amat mengharapkan pertolongan Light sepertimana yang terdapat dalam perjanjian terdahulu iaitu segala kesusahan Kedah berkaitan peperangan dan kekurangan perbelanjaan hendaklah dibantu. Justeru, baginda menghantar Laksamana membawa surat baginda untuk meminta bantuan kewangan dan senapang. Surat ini telah siap ditulis pada 12 Ramadhan, hari Jumaat.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light to inform Light about the request from the King of Siam asking for 500 koyan of rice, 5,000 men, 150 canoes complete with weapons and bullets. Sultan Abdullah requested for help from Light to send money 10,000 reales, 1,000 bullets for the guns and 10 carts of opium. This letter was written on 12th Ramadhan, Friday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services