Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter17 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
21.9 x 20.4 cm
Title:
Penerimaan wang daripada Light
Keywords: Kelaparan, mempelam, pinjam, 24 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.34,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 ahwal maka itulah anak beta Tengku Awi beta suruh pergi pada sahabat beta terima rial menurut janji sahabat beta maka sebanyak yang sahabat beta beri ini tiadalah cukup belanja kerana perniagaan dalam bandar ini mati benar2 tiada segala tambahan dalam tiga empat tahun ini sangat kelaparan tiadalah berputusan beta menolong rakyat isi negeri ini maka itu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta pinta tolong maka sekarang beta harap akan kasih sahabat beta pada genap perkaranya bermula akan surat beta beri akan sahabat beta fasal pinjam rial itu maka rialnya tiada boleh maka surat itu beta pinta sahabat beta serahkan beri mari pada anak beta ini maka itulah kiriman beta akan sahabat beta beras seratus gantang tanda ikhlas dan kiriman anak beta Muhamad yang kecik akan anak sahabat beta buah mempelam siam sedikit sahabat beta terima ambil dengan ikhlas hati ahwal itulah beta nyatakan pergi surat pada empat likur haribulan Syawal hari Ahad tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan penghantaran anakandanya, Tengku Awi, untuk menerima wang berdasarkan janji daripada Light. Ini kerana wang yang diberi sebelum ini tidak cukup untuk perbelanjaan kerana perniagaan di Kedah telah mati, menyebabkan 3 hingga 4 tahun ini rakyat memerlukan bantuan baginda kerana kelaparan. Sultan Abdullah turut mengirim hadiah 100 gantang beras dan anakanda kecilnya iaitu Muhamad mengirim buah mempelam siam kepada anak Light. Surat ini telah siap ditulis pada 24 Syawal, hari Ahad.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light to inform him about sending his son, Tengku Awi, to collect his money as promised. That was because the money given before was not sufficient as business was dead in the city of Kedah causing the people suffering from hunger for this 3 to 4 years and had to be helped by the Sultan. The sender sent 100 gantang of rice and his son Muhamad sent Siamese mangoes to the Light`s son. This letter was written on 24th Syawal, Sunday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services