Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter16 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
22.4 x 20.1 cm
Title:
Masalah Cik Qarib yang berhutang dan tinggal isteri
Keywords: Belanja, bini, talak, 26 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.33,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 ahwal adalah orang dagang nama Cik Qarib mari berbini di sini ditinggalkan lama sangat tiada dengan sesuatu khabar ada atau tia dan tanda kebajikan suatu pun tiada maka masa ia duduk di sini ada ia pinjam harta mentuhanya dua puluh rial, itu pun tiada dibayarnya lagi itulah pinta sahabat beta periksa keluarkan rial dua puluh itu serah beri mari pada Syahbandar Seri Maharaja Paduka ini maka akan bininya itu pun sangatlah diteriaknya pada beta tiada kuasa ia berhutang baris buat belanja makan suatu pun tiada Cik Qarib itu mau hantar mesarakan bininya itu pun sahabat beta beri hukum betapa adat ditinggalkan demikian ini pinta sahabat beta suruh Cik Qarib itu hantar mari belanja mesyara bininya ini selama ia tinggalkan ini jika ia ada kasih lagi akan bininya ini boleh ia pulang mari jika ia tiada mau pulang pun boleh Cik Qarib itu kirim mari talak supaya mudah hamba Allah ini tumpang turut orang pergi cahari makan jangan sebagai isteri Cik Qarib mari mengadu hingari beta itulah beta nyatakan perbuat surat pada enam likur haribulan Syawal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menceritakan tentang Cik Qarib yang datang berdagang dan berkahwin dan kemudian meninggalkan isterinya terlalu lama tanpa sebarang berita atau belanja. Semasa dia duduk di sana, dia ada meminjam harta mertuanya sebanyak 20 rial yang masih belum dibayar lagi. Sultan Abdullah meminta untuk memeriksa dan membayar 20 rial itu terlebih dahulu kepada Syahbandar Seri Maharaja Paduka. Baginda juga meminta agar Light dapat memerintahkan Cik Qarib menghantar belanja untuk menyara isterinya. Sekiranya Cik Qarib sudah tidak mahu kembali semula kepada isterinya, baginda meminta supaya Cik Qarib menceraikan isterinya supaya boleh dia menumpang orang lain untuk keluar mencari rezeki. Surat ini telah ditulis pada 26 Syawal.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light about Cik Qarib who came to trade, got married and then left the wife without any news or living expenses. When he was there, he borrowed 20 reales from his in-laws and still had not paid for it. The sender asked him to check and return the 20 reales first. The governor was also requested to ask Cik Qarib to provide living expenses for his wife. If Cik Qarib refused to come back to his wife, he was requested to come back to divorce his wife so that she could go out to earn a living. This letter was written on 26th Syawal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services