Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter15 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
25.1 x 22.1 cm
Title:
Pembelian setu, kapas dan meriam serta penghantaran beras ke Pulau Pinang
Keywords: Beras, senapang, setu, 20 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.30 (Image: RECTO_06_031),
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah surat sahabat beta dan setu halus dua peti dan setu kasar sepeti dan senapang sepucuk sahabat beta beri mari pada Nakhoda Kaya dan Nakhoda Panjang itu sudahlah sampai kepada beta maka tersebut di dalam surat sahabat beta harga setu tiga peti itu sembilan ratus tujuh puluh rial sahabat beta suruh berkira dengan Seri Maharaja Dewa maka ada setu dahulu setu halus sepeti beta ambil harganya tiga ratus enam puluh rial maka inilah beta suruh pula Nakhoda Kaya dan Nakhoda Panjang pergi hantar benih2 dan rial harga setu sepeti itu maka banyak rial beta beri pergi itu dua ratus enam puluh rial dan harga budak Cik Awi pada Armani seratus rial jadi tiga ratus enam puluh rial minta sahabat beta terima ambil boleh selesai harga setu sepeti itu maka adalah Nakhoda Panjang ini bermuat beras bawa pergi itu lebih kurang sekoyan sahabat beta suruh terima ambil diserah beri harga beras itu pada Nakhoda Panjang ini maka adalah beta hendak berguna kapas dua tiga bandela kalau boleh sahabat beta bicarakan kapas itu diserah beri mari pada Nakhoda Kaya dan Nakhoda Panjang ini bersama surat sahabat beta ditentukan harga kapas itu dan lagi beta minta sahabat beta pesan pergi ke Benggala atau pada kapal2 minta cahari meriam cakuk kecil2 yang buat tiga pucuk sebahara itu barang lima puluh pasang beta hendak berguna inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat dua puluh haribulan Syawal hari Ahad tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan telah menerima surat Light beserta barang kiriman iaitu setu halus 2 peti, setu kasar 1 peti dan sepucuk senapang. Semuanya ini diterima melalui Nakhoda Kaya dan Nakhoda Panjang. Dalam surat kiriman tersebut, dimaklumkan harga setu 3 peti itu ialah 970 rial. Sultan Abdullah pernah mengambil setu halus sepeti dengan harga 360 rial. Oleh itu, Sultan Abdullah telah menghantar 260 rial dan 1 budak dengan nilai harga 100 rial, semuanya berjumlah 360 rial untuk diselesaikan harga setu sepeti. Nakhoda Panjang juga sudah membawa beras lebih kurang sekoyan dan harganya hendaklah dibayar pada Nakhoda Panjang. Sultan Abdullah memaklumkan bahawa baginda hendak membeli 2 atau 3 bandela kapas dan hendaklah diserahkan kapas itu kepada Nakhoda Kaya dan Nakhoda Panjang. Sultan Abdullah turut meminta dibelikan meriam cakuk kecil 50 pasang. Surat telah siap ditulis pada 20 Syawal, hari Ahad.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light, notifying that he had received Light`s letter along with 2 chests of `setu halus`, 1 chest of `setu kasar` and a rifle. All of these items had been received through Nakhoda Kaya and Nakhoda Panjang. In the latter, the price for the 3 chests of setu had been stated as 970 reales. Once, the Sultan had taken 1 chest of `setu halus` at 360 reales. Thus, he had sent 260 reales and a slave at a cost of 100 reales which had made 360 reales to settle the price of I chest of `setu`. Nakhoda Panjang had also brought approximately a koyan of rice with which the price had to be paid to him. Sultan Abdullah also expressed his intention of buying 2 or 3 bales of cotton which had to be passed to Nakhoda Kaya and Nakhoda Panjang. Sultan Abdullah had also wanted to buy 50 sets of small cannons. The letter was written on Sunday, the 20th of Syawal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services