Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter14 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
25 x 21 cm
Title:
Gabenor Jeneral di Benggala setuju bayar 10,000 rial setiap tahun
Keywords: Hamba, orang derhaka, selaksa rial, 27 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/6, f.26,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat tulus ikhlas serta berkasih sayang yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 ahwal adalah sampai surat sahabat beta dibawa teman Seri Nara Diraja tersebut dalamnya sahabat beta nyatakan mari datang hukum daripada Gurnador Jenderal Benggala suruh beri selaksa rial akan beta pada tiap2 tahun maka amat kesukaanlah beta menerima kasih daripada Jenderal itu pun dengan penolong sahabat beta juga maka akan perintah yang telah lalu itu pun beta harap akan kasih dan penolong sahabat beta juga dalam itu pun tiadalah cukup lagi akan beta adukan pada sahabat beta kerana segala hal ehwal beta duduk sehari2 ini jika tiada beta nyatakan pun sahabat beta sedia ketahui tambahan banyak pucuk sudah beta beri surat menyatakan segala hal beta ini pada sahabat beta tatkala sampai surat sahabat beta itu pun sudah beta suruh pergi anak beta itu Tengku Awi ada gendala sedikit jadi berdan dengan surat sahabat beta syahdan tersebut dalam surat sahabat beta dua fasal belum tentu hamba orang dan orang derhaka itu sahabat beta pinta wakil beta beri pergi boleh bicara dengan sahabat beta boleh ditentukan maka kerja itu pun amat kesukaanlah beta supaya jangan kesakitan isi negeri maka itulah anak beta itu beta suruh pergi sahabat beta berbicaralah dengan anak beta itu maka barang yang sudah putus rupa muafakat sahabat beta dengan anak beta itu buat surat beri mari boleh beta lihat jika barang yang ada asyqal pada hati beta boleh beta nyatakan pergi rupa tempatnya menjadi kesakitan atas isi negeri boleh sahabat beta fikirkan barang yang jadi kebajikan itulah kita tetapkan ahwal itulah beta nyatakan pergi surat pada tujuh likur haribulan Syawal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan telah menerima surat Light yang dibawa oleh Seri Nara Diraja. Kandungannya menceritakan tentang perintah daripada Gabenor Jeneral di Benggala yang menyuruh agar diberikan 10,000 rial kepada Sultan Abdullah pada setiap tahun. Sultan Abdullah amat gembira menerima berita ini. Sultan Abdullah menghantar anaknya iaitu Tengku Awi untuk berunding tentang dengan Light. Sebarang keputusan yang dicapai hendak ditulis dalam surat dan dihantar kepada Sultan Abdullah untuk mendapat persetujuannya. Surat ini telah siap ditulis pada 27 Syawal.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light, notifying that he had received Light`s letter through Seri Nara Diraja. The contents had been the information regarding the Governor-General of Bengal`s directive to award 10,000 reales, yearly to Sultan Abdullah. The Sultan had been very delighted to receive the news. He had sent his son, Tengku Awi to discuss any relevant matters with Light. He had also requested that any decisions or agreement had to be written and be sent to him for his consent. The letter was written on the 27th of Syawal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services