Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter13 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
32.5 x 23.3 cm
Title:
Salinan surat Sultan Abdullah menolak 2 syarat baru
Keywords: Baiki kapal, perniagaan, surat janji, 14 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/5, f.69,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Surat kasih sayang beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa akan perintah Pulau Pinang itu sahabat beta nyatakan mari kata dengan kehendak Jenderal dari Benggala hendak buat tempat baiki kapal perang buat loji dan bubuh tinggal ikut adat kompeni maka Pulau Pinang itu jalan pinta perniagaan sebab daripada sangat putih hati akan sahabat beta maka jadilah beta muafakat dinyatakan pada sahabat beta seperti kehendak beta jika Jenderal turut berikan maka beta kesukaanlah terima maka sahabat pinta bertangguh hendak nanti Jenderal nyatakan mari surat balas dari Belayit kerana sudah Jenderal nyatakan pergi dahulu dalam itu berapa lama sudah maka sahabat beta pun tiada boleh mari pada beta maka beta suruh Laksamana pergi banyak kali sudah pinta kata2 sahabat beta yang putus dari kerana surat surat janji sahabat beta pun ada beri beta taruh maka ini sahabat beta nyatakan mari dua kehendak lain daripada kehendak beta nyatakan dari awal mulanya suka atau tiada suka beta sahabat beta pinta putuskan dinyata pergi maka perintah lain daripada kehendak beta dinyatakan dahulu itu keduanya itu tiadalah beta sukakan maka pada surat beta dahulu pun sudah beta nyatakan jika tiada kesukaan pada Jenderal seperti kehendak beta sudah beta pinta tabik tiadalah beta suka maka daripada sangat beta putih hati tulus akan sahabat dan akan Jenderal inilah beta nyatakan boleh sahabat beta muafakat dengan segala kepercayaan Jenderal di Pulau Pinang itu cahari pada jalan kebajikan yang betul benar seperti pinta beta itu ditentukan mari jika tiada sahabat beta khususkan pun seperti pinta beta itu dahulu itu boleh beta bicara turut seperti surat kompeni barang hal kekurangan disuruh beta nyatakan pergi maka itulah Laksamana beta beri pergi pinta sahabat beta nyatakan mari dengan segeranya dengan sebenar putih hati sahabat beta boleh beta ketahui buat surat empat belas haribulan Jamadil Awal tamat maka surat Yang Dipertuan Kedah ini disalin Hakim Bandar Pulau Pinang tamat


Malay Description:

Salinan surat Sultan Abdullah kepada Francis Light yang memaklumkan bahawa perintah mendapatkan Pulau Pinang itu adalah dengan permintaan daripada Gabenor Jeneral di Benggala sebagai tempat untuk membaiki kapal perang. Maka Sultan Abdullah telah bermuafakat dengan Light untuk memenuhi permintaan itu dengan beberapa syarat daripada baginda kepada Gabenor Jeneral. Jika Gabenor Jeneral dapat memenuhi syarat baginda ini, baginda amat gembira. Namun, Light minta ditangguhkan perkara ini bagi menunggu jawapan balas daripada Gabenor Jeneral tentang permintaan Sultan Abdullah ini. Oleh kerana Light sudah lama tidak datang mengadap, Sultan Abdullah telah meminta agar Laksamana pergi mencari Light bagi mendapatkan kata putus tentang syarat yang diminta oleh Sultan Abdullah. Malangnya, Light telah menambah dua lagi permintaan baru selain daripada apa yang telah dipersetujui sebelum ini dan permintaan baru ini tidak disukai oleh Sultan Abdullah. Sultan Abdullah meminta agar dibincangkan semula perkara ini dan hendaklah akur sepertimana syarat yang terdapat dalam perbincangan terdahulu. Segala keputusan hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Sultan Abdullah. Surat ini telah siap ditulis pada 14 Jamadil Awal dan disalin oleh Hakim Bandar Pulau Pinang.


Summary:

A copy of Sultan Abdullah`s letter to Francis Light stating that the request to acquire Pulau Pinang had been from the Governor-General of Bengal who had wanted it as a place to repair warships. The Sultan had discussed the matter with Light to award the request with his terms and condition set forth to the Governor-General. The Sultan would be very happy had the Governor-General be willing to fulfill the terms and conditions. Instead, Light had wished that the matter with regard to the terms and conditions be postponed while waiting for the reply from the Governor-General. The Sultan had summoned Laksamana to locate Light`s whereabout for he had not been seeing the Sultan for quite sometime. The Sultan had wanted to know the verdict on his terms and conditions forwarded. Light, unfortunately had added two more requests besides those which had been agreed earlier. The Sultan had disliked the extra requests. He had demanded that the matter be discussed again and to adhere to what had been agreed earlier. The virdicts had to be conveyed to the Sultan as soon as possible. This letter was written on 14th Jamadil Awal and was copied by Hakim Bandar Pulau Pinang.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services