Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter11 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
32.3 x 20.7 cm
Title:
Deraf surat jawapan Sultan Abdullah tentang permintaan Inggeris mendapatkan Pulau Pinang
Keywords: baiki kapal, jual beli, makanan, 24 Syawal 1199 Tahun2 Ha, Selasa, 30 August 1785,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/5, f.4,
Year:
1785
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan pada pihak bersahabat handai dan taulan daripada Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Sah yang mempunyai takhta kerajaan di negeri Kedah Darul Aman barang disampaikan Tuhan seru alam kepada sahabat beta Gurnador Jenderal Raja Negeri Benggala yang akil bijaksana telah masyhur gah perkasa perangai yang sempurna umur titahkan perang di laut dan di darat terpuji nama kemudian dari itu barang tahu kiranya sahabat beta maka adalah mari Kapitan Light Dewa Raja maklumkan pada beta katanya sahabat beta pinta Pulau Pinang itu hendak beri wakil sahabat beta Kapitan Light Dewa Raja perbuat tempat dibubuh tangga kompeni Raja Inggeris Pulau Pinang itu tempat berjual beli dan baiki kapal perang serta kemudahan cahari makanan daripada air kayu maka sudah beta nyatakan kepada kapitan itu segala kehendak beta sampaikan pada sahabat beta jika sudah berbetulan dan kesukaan sahabat beta dengan segera beri mari orang duduk di Pulau Pinang itu barang kekurangan di dalam Pulau Pinang itu boleh beta tolong atas kadar beta segera adakan ahwal inilah beta nyatakan perbuat surat pada hari Selasa pada empat likur bulan Sawal pada sanah 1199 tahun2 ha tamat al-kalam


Malay Description:

Deraf surat Sultan Abdullah kepada Gabenor Jeneral di Benggala bagi memaklumkan bahawa Francis Light telah memberitahu kepada baginda berkenaan permintaan Gabenor Jeneral di Benggala untuk mendapatkan Pulau Pinang. Ia akan diberi kepada Light, iaitu wakil Gabenor Jeneral di Benggala sebagai tempat untuk kompeni Inggeris berjual beli, membaiki kapal perang dan sebagai tempat untuk mencari makanan dan minuman. Sultan Abdullah telah memaklumkan kepada Light segala permintaan daripada baginda untuk disampaikan kepada Gabenor Jeneral di Benggala. Jika Gabenor Jeneral sudah bersetuju dengan permintaan baginda, maka baginda membenarkan orang dari kompeni Inggeris untuk datang dan tinggal di Pulau Pinang. Surat ini telah siap ditulis pada hari Selasa, 24 Syawal tahun 1199, tahun-tahun ha.


Summary:

A draft letter from Sultan Abdullah to the Governor-General of Bengal, informing that Light had notified the Sultan of his request to acquire Pulau Pinang. It would be set for Light as the representative of the Governor-General to build a place for trading, warship repair and also source of food and water.The Sultan had shared with Light all his wishes to be conveyed to the Govenor-General of Bengal. If all the terms and conditions had been agreeable, the East India Company may send their people to reside in Pulau Pinang. The letter was completed on Tuesday, 24th of Syawal, 1199.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services