Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter9 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Permintaan Siam ke atas Kedah dari segi wang dan barang dagangan
Keywords: Belanja, gajah, Siam, 2 Jamadil Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/3, f.50,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta Sultan Abdullah sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa akan pesan sahabat beta kepada anak beta Cik Awi itu maka sudahlah disampaikan oleh anak beta itu kepada beta maka seperti pesan sahabat beta suruh kukuhkan negeri tiada boleh dipercaya akan Siam itu maka sangatlah masuk hati beta hendak turut kerjakan seperti pesan sahabat beta maka perintah di dalam negeri ini sahabat beta pun telah tahu kerja sehari sampai sepuluh lima belas hari itu pun tiada jadi maka sekarang ini sebagai datang penyuruh Siam itu pada beta berbagai2 kehendaknya pada beta itu pun beta belanjakan juga pada sekali2 datang penyuruhnya itu dua tiga ribu sebab beta menanti sahabat beta mari dari Benggala sampai sekarang ini pun demikian juga kehendaknya pada beta maka sekarang ini sangatlah kesakitan beta duduk sehari2 ini hendak mencari belanja seperti kehendak Siam itu kerana kapal Keling pun tiada masuk membeli gajah demikian lagi segala perahu2 dagang pun tiada masuk berniaga sebab itulah beta beri surat dua tiga kali panggil sahabat beta mari beta hendak adukan segala hal beta hendak bertutur kata sendiri dengan sahabat beta maka sahabat beta tiada boleh mari dengan sebab banyak kerja sahabat beta di Pulau Pinang maka itulah terlalu susah hati beta maka dahulu pun sudah beta nyatakan segala hal keadaan beta kepada sahabat beta maka sangatlah harap beta hendak berjumpa adukan hal beta kepada sahabat beta inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada dua haribulan Jamadil Akhir hari Khamis tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa baginda telah menerima pesanan yang disampaikan melalui anakanda baginda, Cik Awi. Antara pesanannya ialah agar pertahanan Kedah dikuatkan kerana terdapatnya ancaman daripada Siam. Baginda memaklumkan Siam telah menghantar utusan meminta pelbagai permintaan daripada Kedah. Baginda masih menunggu Light untuk datang dari Benggala bagi bertemu baginda. Ini kerana keadaan Sultan Abdullah pada masa ini menghadapi masalah kewangan untuk memenuhi tuntutan Siam kerana tiada kapal dari India yang masuk membeli gajah di Kedah. Tambahan pula, kapal pedagang juga semakin berkurangan masuk berniaga di Kedah. Oleh sebab itulah Sultan Abdullah telah menghantar surat untuk memanggil Francis Light mengadap baginda untuk membincangkan tentang masalah ini, namun Light tidak dapat datang kerana kesibukan kerja di Pulau Pinang. Justeru, besarlah harapan Sultan Abdullah agar Light dapat datang bertemu baginda sendiri untuk menyelesaikan masalah dengan Siam ini. Surat telah siap ditulis pada 2 Jamadil Akhir, hari Khamis.


Summary:

A letter informing Francis Light that Sultan Abdullah had received Light`s reminders through his son, Cik Awi. Amongts the reminders had been the need to highten the defense for Kedah since there had been threat from Siam. The Sultan had mentioned that the Siamese had demanded for numerous request from Kedah. The Sultan had been waiting for Light to arrive from Benggala to see him. He had been facing financial problems as there were no ships coming in from India to buy elephants from Kedah. There were less trader ships coming in. The Sultan had written to Light several times, inviting him to discuss the problem. Nevertheless, Light could not come due to work in Pulau Pinang. Thus, it had been a sincere hope of the Sultan to see him personally to resolve the matter regarding the Siamese. The letter was written on Thursday, 2nd of Jamadil Akhir.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services