Details
|
|
|
|
Transliteration:
Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal adalah di dalam bulan Sawal itu sahabat beta suruh Syahbandar Pulau Pinang mari turut orang jahat serta bawa surat sahabat beta nyatakan pada Laksamana dan demikian lagi baharu pada bulan Zulkaedah ini teman beta pergi memukat empat orang singgah di Pulau Bintang hendak pulang mari datanglah orang jahat samun ambil perahu pukat itu maka teman beta empat orang itu terjun lari ke darat Pulau Bintang itu maka perahu pukat itu pun dibawanya pula mengambat perahu yang lain sampai ke Kuala Tebengau maka perintah orang jahat itu diketahui Laksamana maka disuruhnya keluar perahu hambat orang jahat itu sampai ke Pulau Payar tiada berdan maka diboleh penyuruh Laksamana perahu pukat itu bawa pulang mari maka perintah itu sudah beta suruh Laksamana nyatakan pada sahabat beta segera ketahui hal itu maka pada empat likur bulan Zulkaedah ini masuk perahu kecil suatu orangnya lima orang tiada suatu muatan dalam perahu itu pada kira beta orang jahat itu hendak mari tipu mencuri marinya itu bersalahan daripada adat orang baik maka oleh Laksamana disuruh periksa orang itu katanya asal dirinya itu orang Selangor kemudian pindah mari duduk di negeri Perak mari ini memukat keluar dari negeri Perak maka pukatnya tiada dalam perahu itu dan berjumpa pula dalam perahu itu (fa-wau-kaf-wau) (ha-wau-ba-alif-ta-nun) perintah kerja orang jahat maka beta suruh Bendahara periksa Bendahara Muda dan Syahbandar baharu mari dari Perak ini dan Orang Kaya2 dari Perak ini katanya sekalian itu tiada diketahui orang itu maka beta suruh tangkap pertegah taruh orang itu maka perahu yang perbuat kerja jahat baharu inilah di negeri beta ini maka yang dikenal penyuruh Laksamana orang dari sebelah timur inilah baharu datang menyamun dan mengambat orang keluar masuk pergi mari ke Pulau Pinang itu jadi kesakitanlah segala orang jajahan isi negeri beta ini maka jadi takutlah segala orang hendak keluar pergi ke Pulau Pinang dan pada segala jajahan yang lain itu perbuat surat hari Ahad pada sembilan likur haribulan Zulkaedah tamat al-kalam
Malay Description:
Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan tentang masalah jenayah samun perahu di Pulau Bintang. Laksamana telah mengetahui perkara ini lantas mengejar orang jahat itu sehingga ke Pulau Payar. Kes ini juga telah diperintahkan oleh baginda sultan agar dimaklumkan kepada Light. Pada 24 Zulkaedah pula, sebuah perahu kecil dengan 5 orang anak kapal tanpa sebarang muatan telah masuk ke Kedah. Laksamana telah memeriksa anak kapal tersebut dan mereka mendakwa bahawa mereka berasal dari Selangor dan telah berpindah ke negeri Perak. Mereka juga mendakwa sedang memukat ikan luar dari negeri Perak, namun didapati tiada pukat terdapat dalam perahu itu. Tambahan pula, selepas disemak dengan Syahbandar dan Orang Kaya-kaya Perak, didapati bahawa mereka tidak mengenali anak kapal perahu itu. Lalu, baginda sultan telah memerintahkan agar kesemua anak kapal perahu itu ditangkap. Surat ini telah siap ditulis pada hari Ahad, 29 Zulkaedah.
Summary:
A letter to Francis Light, notifying a problem regarding sampan robbery in Pulau Bintang. Laksamana who knew this development had pursued the robbers until Pulau Payar. It has been ordered by the Sultan that the incident be reported to Light. On the 24th of Zulkaedah, a small sampan, carrying 5 people with no load entered Kedah. Laksamana had them checked and they claimed that they were from Selangor and had moved to Perak. They also claimed that they were trawling fish outside Perak. However the trawl was not found on the boat. Upon checking with the Perak harbor master and the Orang Kaya-kaya Perak, it was found that none of them was known to the Perak authorities. The Sultan had then ordered that all of them be detained. The letter was written on Sunday, 29th of Zulkaedah.
|
|
Terms and Conditions |
|
|
|
|