Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter6 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Pembelian minyak tir, beras dan pembayaran kain sutera
Keywords: Beras, minyak, sutera, 17 Zulhijah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/3, f.47,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal adalah surat sahabat beta beri mari pada teman Cina Kai itu sudahlah sampai kepada beta maka tersebut dalamnya sahabat beta beri mari minyak tir satu tong maka minyak itu sudah sampai beta suruh terima ambil dan lagi tersebut dalam surat sahabat beta2 pinta beras lima puluh koyan maka akan perintah beras ini sudah ada surat sahabat beta beri mari dahulu fasal beras akan jadi belanja sahabat beta sendiri pada sebulan tiga koyan dengan harga pada sekoyan empat puluh rial telah beta benarkanlah seperti pinta sahabat beta kerana beras belanja sahabat beta sendiri maka akan harga beras di Kedah ini pun dibeli orang pada sekoyan lima puluh tengah dua rial maka hal beras ini pula banyak susah disuruh kutip beli dihimpunkan itu dengan berapa belanja tambahan sekarang ini musim ketika segala rakyat duduk buat keraja bendang dengan sebab itu jadi lagi banyak susah boleh beras demikianlah ada perintah beras dalam Kedah ini beta nyatakan pada sahabat beta maka itulah cucu beta itu Cik Long beta suruh pergi kepada sahabat beta serta bawa beras sebuah perahu boleh sahabat beta suruh terima ambil beras itu bayar harganya pada cucu beta serta sahabat beta suruh buat daftar banyak berasnya beri mari maka akan hal beras yang lain daripada belanja sahabat beta itu berapa harganya pada sekoyan boleh sahabat beta tentukan beri mari pada cucu beta itu barang yang dapat boleh beras itu beta suruh hantar pergi maka dalam beras itulah ada boleh labanya sedikit2 jadi belanja beta akan perniagaan yang lain pun sudah tiada dalam Kedah ini sahabat beta pun lebih tahu perintah itu bermula akan sutera sepeti yang sahabat beta beri mari pada anak beta itu Cik Awi harganya tiga ratus enam puluh rial dalam itu sudah beta suruh hantar pergi pada Panjang Acheh dua ratus enam puluh rial baki lagi seratus rial itu ada harga budak pada Armani maka kata sahabat beta tiada ketahui fasal itu maka itulah beta beri pergi pada cucu beta itu seratus sepuluh rial boleh sahabat beta terima ambil baki harga sutera itu seratus rial dan harga minyak tir itu sepuluh rial boleh selesai akan harga budak pada Armani itu boleh cucu beta itu berkira selesai dengan Armani itu dengan tolong sahabat beta ahwal inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada tujuh belas haribulan Zulhijah hari Ahad tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan sudah menerima surat kiriman Light bersama-sama dengan minyak tir satu tong. Surat itu juga memaklumkan tentang permintaan beras lima puluh koyan dari Light kepada Sultan Abdullah. Sultan Abdullah memberitahu bahawa berdasarkan surat yang telah dihantar, baginda telah bersetuju untuk menjual beras sebanyak 3 koyan untuk kegunaan Light sendiri setiap bulan. Harga sekoyan beras untuk kegunaan Light ialah 40 rial. Bagi harga jualan biasa, sekoyan beras di Kedah berharga 51.50 rial. Maka beras ini akan dihantar kepada Light, dan harga jualannya akan ditentukan sendiri oleh Francis Light, tetapi hendaklah lebih mahal daripada harga jualan biasa agar Sultan Kedah mendapat sedikit keuntungan. Sultan Abdullah juga memaklumkan tentang sutera sepeti yang dibeli oleh baginda berjumlah 360 rial, 260 rial telah dibayar melalui Panjang Acheh, sementara 100 rial lagi akan dibayar melalui cucunda baginda dan tambahan 10 rial lagi untuk menyelesaikan pembayaran minyak tir, kesemuanya berjumlah 110 rial. Surat ini telah disiapkan pada 17 Zulhijah, hari Ahad.


Summary:

A letter sent to Francis Light from Sultan Abdullah notifying him that his letter had been received, along with a barrel of tar. The letter also mentioned about the request for 50 koyan of rice from Light to the Sultan. The Sultan had agreed to sell 3 koyan of rice monthly for Light`s own consumption. The price for a koyan of rice had ben suggested at 40 reales. The normal price for a koyan of rice had been 51.50 reales in Kedah. The rice will be sent to Light and it was up to him to decide on the price he would be willing to sell, as long as it was more than the regular price so as to secure some profit for the Sultan. Sultan Abdullah also mentioned about the silk that he had bought for 360 reales in which 260 reales had been paid through Panjang Aceh, while the remaining 100 reales would be settled through his grandchild. An adittional 10 reales will also be paid to settle the payment for the tar, which brought a total of 110 reales in total. The letter was written on Sunday, 17th Zulhijah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services