Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter5 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Permohonan 50 koyan beras dan tuduhan
Keywords: Beras, mata-mata, siasat, 28 Syaaban,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/3, f.46 (Image: RECTO_03_047),
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal akan surat sahabat beta dibawa Kapitan Merewah itu sampailah pada beta pada lima likur bulan Saaban hari Selasa maka tersebut di dalamnya itu sahabat beta pinta tolong beras lima puluh koyan muat pada kapal Kapitan Merewah itu jangan malu sahabat beta pada kapitan itu maka janganlah sahabat beta susah hati perintah itu dalam beta duduk suruh himpun barang yang boleh itu beta serah beri pada kapitan itu demikian lagi akan makanan teman2 sahabat beta itu pun dalam lima enam hari ini juga beta suruh hantar pergi sampaikan pada sahabat beta jadi pun gendala sedikit beras itu dengan sebab hujan ribut ini bermula maka tersebut di dalam surat sahabat beta sepucuk lagi itu sahabat beta nyatakan mari ada kici Jaga2 mari sebuah ke Pulau Pinang itu ada dua lagi belum sampai apabila sampai kici itu sahabat beta hendak beri mari pada beta segala kapitan2 itu boleh berkenal2 amat kesukaanlah pada beta hendak berkasih2 dengan kapitan itu maka tersebut dalam sepucuk surat lagi itu sahabat beta nyatakan mari perintah orang miskin2 pergi mari bawa ayam itik tebu pisang ke Pulau Pinang itu kata ditahan oleh mata mata tiada lepas pergi maka sampai surat sahabat beta itu sudah beta balas pergi perintah itu tiada dengan tahu beta maka kemudian beta panggil mata mata periksya hendak hukum maka kata mata mata sekali2 tiada dikerjanya perintah itu maka ia pinta orang yang berkhabar itu pada beta boleh nyata benar salah itulah beta pinta orang itu pada sahabat beta boleh beta perhadapkan dengan mata mata jika siapa salah boleh beta hukumkan atas kesalahan mereka itu kerana keraja itu sejahat2 pekerjaan beri jadi mekhalif antara sahabat beta dengan beta sepatutnya kita periksya siasat dihukumkan jangan jadi biasa lagi kehadapan berkata dengan tiada sebenarnya ahwal itulah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat dulapan likur haribulan Saaban hari Jumaat tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa baginda telah menerima surat daripada Light pada 25 Syaaban, hari Selasa melalui Kapitan Merewah. Kandungan surat tersebut ialah tentang permintaan beras 50 koyan oleh Light. Terdapat kelewatan penghantaran bekalan beras disebabkan hujan dan ribut. Sultan Abdullah juga memaklumkan tentang penerimaan sepucuk surat lagi daripada Light berkenaan sebuah kici daripada Jaga-jaga yang telah tiba di Pulau Pinang dan dua lagi kici yang masih belum sampai. Apabila semua kici telah tiba, semua kapitan kici itu diminta untuk mengadap Sultan Abdullah untuk baginda berkenalan dengan mereka. Dalam sepucuk lagi surat daripada Light, Light menyatakan terdapat masalah yang berlaku apabila orang-orang miskin yang membawa ayam, itik, tebu dan pisang telah ditahan oleh mata-mata. Sultan Abdullah telah memanggil mata-mata untuk mendapat penjelasan tentang perkara tersebut. Mata-mata menyatakan bahawa itu adalah fitnah dan dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang terdapat dalam surat tersebut. Justeru, Sultan Abdullah meminta dihantarkan orang yang memberikan maklumat sedemikian, supaya boleh disiasat dan didengar dari kedua-dua belah pihak dan dapat dijatuhkan hukuman bagi pihak yang bersalah. Surat ini telah ditulis pada 28 Syaaban, hari Jumaat.


Summary:

A letter to Fancis Light from Sultan Abdullah, informing that Sultan Abdullah had received his (Light) letter on Tuesday, 25th of Syaaban through Kapitan Merewah. The letter is about a request of the 50 koyan of rice from Light. There was a delay in the delivery to Pulau Pinang due to a storm. The Sultan also mentioned that he had received a letter from Light informing about the arrival of a brig (small ship) in Pulau Pinang from Jaga-jaga and two more brigs were on their way. The Sultan requested the captains of all the brigs to meet him once they had arrived, to get to know them. In another letter received, Light had mentioned about the poor who were carrying agricultural produce had been detained by policemen. The Sultan had summon the policemen to see him for clarification. The policemen had claimed that it was a slander for they did not do as accused. The Sultan had ordered the informer of this case to be sent to him so as to be investigated and be listened to and to do justice to all accordingly. This letter was written on Friday, 28th of Syaaban.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services