Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter1 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Memohon bantuan Light bagi mereka yang ingin mengerjakan haji
Keywords: Haji, orang miskin, tanah Arab, 20 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/1, f.14 (Image: RECTO_01_015),
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu ahwal adalah pada tahun ini banyak orang miskin2 yang hendak pergi ke Tanah Arab itu mari dari mana2 terhimpun di negeri beta ini hendak menumpang berlayar ke kapal Malbari maka kapal Malbari tiada sampai dengan sebab itu jadi susah hati segala orang yang hendak pergi ke Tanah Arab itu jadilah beta lengkapi sebuah kapal muat segala orang miskin2 itu serta dengan belanja makanannya beta suruh Syaudagar Mirangkandu bawa berlayar ke Tanah Arab menyampaikan hajat segala orang miskin2 itu serta beta muat timah sedikit suruh singgah di negeri Kochi jual timah itu kalau2 lepas belanja maka modal itu sedikit sangat jika hendak muat dagangan yang lain pun tiada kerana orang dagang tiada bawa mari ke negeri beta ini jadilah beta suruh Syaudagar Mirangkandu singgah di Pulau Pinang mendapatkan sahabat beta jika ada dagangan pada sahabat beta barang yang patut laku di negeri Kochi itu pinta sahabat beta tolong beri akan Syaudagar Mirangkandu barang yang perkenannya itu serta dengan tali sauh yang baik dua dan sauh satu sekalian itu sahabat beta serahkan pada Syaudagar Mirangkandu ambil suratnya dengan tentu banyak diterimanya itu hantar mari pada beta bersama dengan surat sahabat beta boleh beta bicarakan timah dan barang yang berkehendak sahabat beta yang ada pada beta ini boleh beta hantar pergi bayar akan sahabat beta selesaikan demikian lagi sahabat beta tolong barang hal sakit sukar Saudagar Mirangkandu serta temannya itu segerakan suruh berlayar dari awal musim dan orang miskin2 yang hendak pergi ke Tanah Arab barang yang terlebih muat dalam kapal beta itu pun dengan petolong sahabat beta tumpangkan pada kapal Keling berlayar dari Pulau Pinang itu kerana orang dalam kapal beta ini terlalu banyak itulah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat dua puluh haribulan Jamadil Awal


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan kepada Light tentang masalah orang miskin yang hendak pergi ke Tanah Arab menunaikan haji dengan kapal melalui Malbari. Kapal yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Oleh itu, Sultan Abdullah telah menyuruh saudagar Mirangkandu berlayar membawa kesemua orang-orang miskin tersebut menunaikan fardu haji dan dihantar bersama dengan belanja makanannya. Sultan Abdullah turut mengirim timah untuk dijual di Kochi sebagai sebahagian perbelanjaan perjalanan kapal tersebut. Oleh kerana kurangnya pedagang yang masuk berdagang di Kedah, Sultan Kedah kekurangan barang dagangan untuk diberi bagi menampung perbelanjaan kapal. Justeru, Light diminta untuk membantu memberikan barang dagangan yang boleh dijual di Kochi beserta dua tali sauh dan sebuah sauh untuk diserahkan pada Saudagar Mirangkandu. Light diminta untuk menyatakan jumlah barang yang diterima oleh Saudagar Mirangkandu. Segala barang-barang yang diambil tersebut akan dibayar dengan timah dan juga barang-barang lain yang diminta oleh Light sebelum ini. Sultan Abdullah juga berpesan supaya Light membantu Saudagar Mirangkandu agar dapat berlayar segera dan sekiranya terdapat orang-orang miskin yang ingin berlayar tetapi terlebih muatan daripada kapal tersebut, diharapkan agar mereka ini dapat ditumpangkan pula kepada kapal lain yang berlayar dari Pulau Pinang ke benua India. Surat telah ditulis pada 20 Jamadil Awal.


Summary:

A letter from Sultan Abdullah to Francis Light, informing the problem about a group of poor pilgrims who wished to go for haj in the Land of the Arabs via Malbari. Sultan Abdullah had ordered Saudagar Mirangkandu to take them on their ship and provide them the ration as well. Tin was brought along to be sold in Kochi as to bear the expenses for the voyage. Due to the small number of merchants trading in Kedah, the Sultan had limited merchandise to be taken along for trading in support for the expenses. Thus, Light was requested to assist by providing some merchandise that can be traded in Kochi as well as to supply two bowlines and an anchor to Saudagar Mirangkandu. Light was also requested to write a letter to the Sultan, stating the amount of merchandise given to Saudagar Mirangkandu. All merchandise provided by Light will be traded with tin and the rest of other items he has requested earlier. Sultan Abdullah also requested that Light provide space on other ships should there be more poor pilgrims wanting to go for haj via India. The letter was written on 20th Jamadil Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services